Jika sebelum ini Kamal Adli menyatakan rasa redhanya jika digugurkan daripada penggambaran filem sekuel yang sebelum ini dia digandingkan bersama Zizan Razak, kini pelawak itu tampil memberi penjelasan terhadap khabar angin tersebut.
“Macam mana pula boleh timbul cerita itu? Siapalah saya untuk menentukan dengan siapa boleh bekerja? Saya hanya pelakon yang buat kerja kerana dibayar. Saya bukannya produser yang boleh menentukan siapa barisan pelakon pilihan hati. Ini benda mengarut dan tidak masuk akal”
“Saya malas nak layan atau fikir hal ini. Kalau betul benda (pengguguran Kamal) itu berlaku, ia tiada kena mengena dengan saya sebab bukan saya yang menerbitkan Abang Long Fadil 2. Macam saya katakan tadi, saya dibayar penerbit untuk berlakon. Jadi saya hanya buat kerja saya, saya tidak tahu atau campur tangan pun,” katanya dipetika melalui Harian Metro.
Baguslah jika Zizan sudah pun memberikan jawapan kepada masalah besar ini yang Zizan sendiri pun tidak tahu siapa penyebarnya. Sekarang orang ramai sudah memberi tumpuan mengenai filem ini, harapnya meletuplah juga bukan sekadar popular kerana kontroversi pelakon sahaja.
Post a Comment